Thursday, 28 July 2011

Mohd Adha Sasar Skuad Piala Presiden Musim 2012

Meskipun terpaksa melupakan hasrat Mohd Adha untuk bermain Skuad Piala Presiden Johor FC musim 2011 kerana memberi tumpuan penuh kepada Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) tetapi tetap memasang inpian untuk terus mengejat cita-cita menjadi pemain bola sepak .

Musim depan jelas , pemain kelahiran Johor Bahru itu terus bermain dimana-mana pasukan asalkan cintanya terhadap bola sepak tidak terpadam . Walaupun menyedari ia bukan sesuatu yang mudah , tetapi tiada yang mustahil untuk mencapainya . Itu pendapat yang disuarakan sendiri oleh Mohd Adha , ketika Adhafanpages (AFP) membuat tinjauan latihan pasukan Squad Utama yang diturut sertai oleh Mohd Adha di Padang Sri Gelam B , Johor Bahru baru-baru ini .

Ketika ini , Borhan Jani , jurulatih Squad Utama cuba untuk membentuk keyakinan dan kesefahaman Mohd Adha semula sebagai seorang penyerang semasa dalam program khidmat negara (PLKN) juga menjadi punca utama Mohd Adha hilang rentak dan keyakinan untuk mencetak nama selaku penjaring .

"Perjalanan saya masih jauh lagi dan bakal berhadapan saingan yang lebih mencabar selepas ini . Namun saya percaya dengan tunjuk ajar daripada couch sedikit sebanyak membantu saya untuk mengembalikan keyakinan saya pada perlawan yang akan datang"... Jelas Mohd Adha dengan nada yang gembira .

Monday, 25 July 2011

Dirisik English Colleges Football

English Colleges Football (ECF) mengidamkan khidmat ayam tambatan baru Squad Utama , Mohd Adha . Jangan terkejut sekiranya beliau diberi peluang menyertai pasukan English Colleges Football beraksi dalam kancah Premier Cup (PC) musim depan .

Kelincahan penyerang berusia 18 tahun itu nyata mencetuskan kepercayaan dan keyakinan untuk mendapatkan khidmat pemain itu untuk pasukan English Colleges Football berikutan aksi memukau diantara Squad Utama dengan English Colleges Football batu-baru ini .

Perkembangan positif itu didedahkan sendiri jurulatih pasukan Squad Utama , Borhan Jani dimana pihak pengurusan English Colleges Football ingin mendapatkan maklumat pemain kelahiran Johor itu .

"Saya sendiri tidak menyangka didatangi wakil pihak pengurusan pasukan tersebut bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Mohd Adha . Malah mereka ada menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Adha untuk beraksi dalam saingan Premier Cup (CP) " katanya ketika ditemui selesai tamat perlawanan persahabatan Squad Utama tewas 0-9 dengan pasukan English College Football .

Friday, 8 July 2011

Rasuah Bola Sepak 'Pembunuh' Pemain

Sejak kebelakangan ini isu R.A.S.U.A.H bola sepak di Malaysia banyak dipersoalkan . Kegiatan ini bermula daripada Skuad Piala Presiden pasukan Negeri Sembilan dan juga pasukan T-Team . Jadi ikuti temu bual secara esklusif Adhafanpages (AFP) bersama penyerang pasukan Squad Utama , Mohd Adha memberi sedikit ulasan tentang gejala tidak bermoral itu .

CERITA ADHA :

DUNIA sukan bola sepak negara kita telah digemparkan sekali lagi dengan berita penularan gejara rasuah .
Berita penangkapan dan pendakwaan ini memang menggemparkan dan mengejutkan khalyak atas beberapa sebab yang cukup munasabah .

Pertama , kes ini sekali lagi membuktikan rasuah dalam bola sepak sukar dipisahkan dan tidak mengenal status pemain dan pasukan yang terbabit . Buktinya pemain dan pasukan Piala Presiden boleh terbabit kebiasaanya membabitkan pemain dan pasukan utama seperti Liga Perdana , Liga Super ataupun pasukan kebangsaan .

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan memperolehi pingat emas dalam temasya Sukan Sea 2009

Kedua , kita terkejut dengan perkembangan ini kerana kita masih meraikan dua kejayaan besar pasukan bola sepak kebangsaan iaitu pingat emas Sukan SEA dan kejuaraan Piala Suzuki AFF memberi sinar baru kebangkitan era kegemilangan bola sepak negara yang malap dan pudar sekian lama .

Penantian berakhir Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010

Ketiga , berita ini menunjukkan kita masih gagal belajar daripada sejarah dan mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku dalam sejarah bola sepak tanah air pada pertengahan tahun 90-an iaitu gejala rasuah , akibat mengatur perlawanan dan kegiatan 'bookie' haram yang menghancurkan imej dan reputasi bola sepak negara . Akibatnya , ramai pemain yang hebat pada masa itu menerima padah kerana terbabit dengan rasuah dan menanggung malu , seterusnya menggantung kasut bola masing-masing serta melupakan bola sepak sama sekali .

Apakah kita mahu perkara sama berulang kembali seperti luka lama kembali berdarah dan apakah kita hendak biarkan rasuah menggoncang dan menghancurkan sukan bola sepak kita ? Kita perlu merungkai segera persoalan seperti ini demi masa depan bola sepak negara.

Apa yang paling malang dan merisaukan kita ialah di kala kita berharap muncul ramai pemain muda dan pelapis berkaliber untuk mewakili negara , kita dikejutkan dengan berita ini yang membabitkan kumpulan pemain muda yang sepatutnya menjadi sandaran dan harapan kepada pasukan negeri serta negara kelak .Ternyata duit dan ganjaran mudah mengaburi mata mereka di mana mereka lupa seketika bahawa ia boleh menghancurkan karier dan juga masa depan mereka.

Dalam hal ini , alasan mengatakan gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan menjadi punca utama pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan bagi menampung kos sara hidup mereka tidak boleh diterima . Banyak lagi cara mencari rezeki halal , apatah lagi bermain bola sepak sama ada untuk negeri ataupun negara perlu dilihat dari aspek kebangsaan pada diri sendiri dan bukannya mengutamakan ganjaran semata-mata.


Justeru, kita berharap persatuan bola sepak negeri bekerjasama dengan Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan tampil melaporkan sebarang bentuk aktiviti rasuah tanpa berselindung dengan kadar yang segera agar kegiatan ini dapat dihapuskan daripada akar umbi sebelum ia merebak menjadi wabak yang sukar dikawal kelak . Kegiatan mengatur perlawanan 'bookie' haram perlu diperangi habis-habisan

Demikianlah ulasan dari Mohd Adha , penyerang bagi pasukan Squad Utama . Diharap kepada seluruh pemain dan peminat bola sepak negara segera membanteras gejala yang tidak bermoral itu . Salam . . .