Friday, 8 July 2011

Rasuah Bola Sepak 'Pembunuh' Pemain

Sejak kebelakangan ini isu R.A.S.U.A.H bola sepak di Malaysia banyak dipersoalkan . Kegiatan ini bermula daripada Skuad Piala Presiden pasukan Negeri Sembilan dan juga pasukan T-Team . Jadi ikuti temu bual secara esklusif Adhafanpages (AFP) bersama penyerang pasukan Squad Utama , Mohd Adha memberi sedikit ulasan tentang gejala tidak bermoral itu .

CERITA ADHA :

DUNIA sukan bola sepak negara kita telah digemparkan sekali lagi dengan berita penularan gejara rasuah .
Berita penangkapan dan pendakwaan ini memang menggemparkan dan mengejutkan khalyak atas beberapa sebab yang cukup munasabah .

Pertama , kes ini sekali lagi membuktikan rasuah dalam bola sepak sukar dipisahkan dan tidak mengenal status pemain dan pasukan yang terbabit . Buktinya pemain dan pasukan Piala Presiden boleh terbabit kebiasaanya membabitkan pemain dan pasukan utama seperti Liga Perdana , Liga Super ataupun pasukan kebangsaan .

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan memperolehi pingat emas dalam temasya Sukan Sea 2009

Kedua , kita terkejut dengan perkembangan ini kerana kita masih meraikan dua kejayaan besar pasukan bola sepak kebangsaan iaitu pingat emas Sukan SEA dan kejuaraan Piala Suzuki AFF memberi sinar baru kebangkitan era kegemilangan bola sepak negara yang malap dan pudar sekian lama .

Penantian berakhir Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010

Ketiga , berita ini menunjukkan kita masih gagal belajar daripada sejarah dan mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku dalam sejarah bola sepak tanah air pada pertengahan tahun 90-an iaitu gejala rasuah , akibat mengatur perlawanan dan kegiatan 'bookie' haram yang menghancurkan imej dan reputasi bola sepak negara . Akibatnya , ramai pemain yang hebat pada masa itu menerima padah kerana terbabit dengan rasuah dan menanggung malu , seterusnya menggantung kasut bola masing-masing serta melupakan bola sepak sama sekali .

Apakah kita mahu perkara sama berulang kembali seperti luka lama kembali berdarah dan apakah kita hendak biarkan rasuah menggoncang dan menghancurkan sukan bola sepak kita ? Kita perlu merungkai segera persoalan seperti ini demi masa depan bola sepak negara.

Apa yang paling malang dan merisaukan kita ialah di kala kita berharap muncul ramai pemain muda dan pelapis berkaliber untuk mewakili negara , kita dikejutkan dengan berita ini yang membabitkan kumpulan pemain muda yang sepatutnya menjadi sandaran dan harapan kepada pasukan negeri serta negara kelak .Ternyata duit dan ganjaran mudah mengaburi mata mereka di mana mereka lupa seketika bahawa ia boleh menghancurkan karier dan juga masa depan mereka.

Dalam hal ini , alasan mengatakan gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan menjadi punca utama pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan bagi menampung kos sara hidup mereka tidak boleh diterima . Banyak lagi cara mencari rezeki halal , apatah lagi bermain bola sepak sama ada untuk negeri ataupun negara perlu dilihat dari aspek kebangsaan pada diri sendiri dan bukannya mengutamakan ganjaran semata-mata.


Justeru, kita berharap persatuan bola sepak negeri bekerjasama dengan Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan tampil melaporkan sebarang bentuk aktiviti rasuah tanpa berselindung dengan kadar yang segera agar kegiatan ini dapat dihapuskan daripada akar umbi sebelum ia merebak menjadi wabak yang sukar dikawal kelak . Kegiatan mengatur perlawanan 'bookie' haram perlu diperangi habis-habisan

Demikianlah ulasan dari Mohd Adha , penyerang bagi pasukan Squad Utama . Diharap kepada seluruh pemain dan peminat bola sepak negara segera membanteras gejala yang tidak bermoral itu . Salam . . .

No comments:

Post a Comment