Tuesday, 20 September 2011

Adha Tidak Sabar Bantu Squad Utama

PENYERANG  sensasi pasukan Squad Utama , Mohd Adha Baharudin yang masih bergelut untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya , yakin dapat mengembalikan keyakinannya semula yang terlepas dua peluang terhidang semasa perlawanan persahabatan hujung bulan lalu .

Ini berikutan kecederaan dialaminya ketika menyertai program khidmat negara (PLKN) itu dijangka tidak mengambil masa terlalu lama untuk kembali pulih .

"Setakat ini kecederaan itu semakin pulih , malah saya sudah boleh menjalani latihan dan berharap agar dapat terpilih untuk pasukan Piala Presiden dijangka berlangsung selepas raya nanti  .

"Buat permulaan , tumpuan saya terarah kepada membantu pasukan Squad Utama sebelum berusaha mendapat tempat ke Piala Presiden , katanya semalam ketika ditemui .

Katanya , Squad Utama kini yang dibarisi barisan pemain yang muda serta berbakat dan mampu menjadi pasukan yang berjaya suatu hari nanti . Mungkin salah seorang diantara mereka boleh menjadi pemain kebangsaan .

Bagaimanapun , ia memerlukan komitmen dan kerjasama berpasukan yang tinggi . Ia pasti akan membuahkan hasil , " katanya .

No comments:

Post a Comment