Friday, 30 September 2011

Bercinta Nie Hanya Menyusahkan Aje . . .

CINTA itu memang indah . Namun , kadang-kala ia boleh merimaskan jika kekasih kita tu tidak memahami dan asyik pentingkan diri . Tak gitu ? Kata pemain bola sepak yang berbakat besar , Mohd Adha (18 Tahun ) atau dikenali sebagai Aidil ni pun pernah melalui pengalaman sebegitu .

CERITA ADHA :

"Sudah 2 tahun saya putus cinta so sekarang masih single tanpa makwe . Hehehe . . . Wat masa ini saya serik untuk bercinta lagi kerana dah letih bersedih . Bercinta memang la best . . . Tapi lama-kelamaan boleh wat saya sakit hati . Yelaa . . Bila saya serius , si dia (bekas kekasih) pula yang tak nak serius .

"Lepas putus cinta ni memang ada yang cuba pikat dan nak intim . Biarlah dulu , bagi saya bercinta nie menyusahkan aje . . Lebih banyak pahit daripada manis .

Begitulah cerita Adha kepada wakil peminatnya Adhafanpages (AFP) ketika dihubungi semalam . Peminat boleh berhubung dengan Adha melalui facebook dengan search MOHAMAD ADHA .

Sunday, 25 September 2011

Adha Tidak Punya Ramai Kawan Perempuan

PENYERANG Profolik pasukan Squad Utama , Mohd Adha Baharudin atau lebih mesra dipanggil Aidil (18) , juga seronok berada dalam pasukan tersebut . Walaupun muka Adha nampak sombong diluar tetapi ia mudah cepat mesra .

CERITA ADHA :-

"Saya ni Single . Sekarang ni saya sibuk dengan latihan serta membuat persiapan untuk pemilihan skuad Piala Presiden , jadi tidak sempat nak fikirkan pasal Girlfriend . Lagipun kalau feeling aje , kerjaya saya pula akan hanyut ke mana .

"Saya nie jenis orang kalau ada komited , suka berkawan macam-macam itu aje . Lagipun saya bukan jenis yang suka keluar hangout dengan kawan-kawan . kalau tiada latihan atau perlawanan , saya gemar habiskan masa rehat di rumah dengan tidur .

"Saya nie tidak punya ramai kawan . Yang ada pun cuma yang betul-betul rapat . Sebabnya saya nie jenis tidak suka mengenali atau bertukar nombor telefon dengan orang yang tidak berapa kenal .

"Walaupun saya jenis bersukan , tak bermakna saya bebas dan boleh buat apa sahaja . Setiap pergerakan saya dipantau . Family tidak kisah saya bermain bola sepak tapi mestilah menjaga diri dan batas-batas pergaulan . Yang paling penting cuba elakkan daripada kontroversi .

Tuesday, 20 September 2011

Adha Tidak Sabar Bantu Squad Utama

PENYERANG  sensasi pasukan Squad Utama , Mohd Adha Baharudin yang masih bergelut untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya , yakin dapat mengembalikan keyakinannya semula yang terlepas dua peluang terhidang semasa perlawanan persahabatan hujung bulan lalu .

Ini berikutan kecederaan dialaminya ketika menyertai program khidmat negara (PLKN) itu dijangka tidak mengambil masa terlalu lama untuk kembali pulih .

"Setakat ini kecederaan itu semakin pulih , malah saya sudah boleh menjalani latihan dan berharap agar dapat terpilih untuk pasukan Piala Presiden dijangka berlangsung selepas raya nanti  .

"Buat permulaan , tumpuan saya terarah kepada membantu pasukan Squad Utama sebelum berusaha mendapat tempat ke Piala Presiden , katanya semalam ketika ditemui .

Katanya , Squad Utama kini yang dibarisi barisan pemain yang muda serta berbakat dan mampu menjadi pasukan yang berjaya suatu hari nanti . Mungkin salah seorang diantara mereka boleh menjadi pemain kebangsaan .

Bagaimanapun , ia memerlukan komitmen dan kerjasama berpasukan yang tinggi . Ia pasti akan membuahkan hasil , " katanya .

Wednesday, 14 September 2011

ADHA Berdebar , Termenung Bila Jatuh Cinta

10 Minit temubual daripada peminat Adhafanpages Mohd Adha selaku penyerang pasukan Squad Utama :-

"Walaupun saya agak sibuk sejak kebelakangan ini , saya akan pastikan akan bersama-sama peminat setia Adhafanpages dengan apa cara sekalipun kerana ini adalah cara saya menghargai seluruh peminat yang sentiasa menyokong saya dalam arena yang saya ceburi " , katanya .

Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukan oleh peminat setia Adhafanpages ....

No1 - Aset yang paling berharga - BULU MATA

No2 - Jika ada masa lapang ... - DUDUK DI RUMAH DAN TIDUR

No3 - Tiga perkara yang ramai tidak tahu tentang anda - KUAT MERAJUK , PENDIAM , KERAS HATI

No 4 - Cinta pertama Adha pada usia ... - 16 TAHUN ... NAMA DIA BERMULA HURUF S

No 5 - Wanita paling cantik pada pandangan Adha - RITA RUDAINI

No 6 - Tanda-tanda Adha mula jatuh cinta - TERMENUNG

No - Ciri-ciri yang akan Adha akan bawa pulang ke rumah untuk bertemu keluarga ... - SEMUA ORANG KALU BOLEH NAK YANG BAIK ...

No 8 - Cita-cita Adha - DARI SEKOLAH RENDAH , MENENGAH HINGGA KINI NAK JADI PEMAIN BOLA SEPAK

No 9 - Nama panggilan - DI SEKOLAH KAWAN-KAWAN PANGGIL AIDIL ATAU ARNAB

No 10 - Kali terakhir Adha menangis tersedu-sedu - PERTENGAHAN BULAN JULAI KERANA BALIK AWAL DARI PLKN

No 11 - Pengalaman yang tak boleh dilupakan - KEM PLKN PAGOH , MENGALAMI KECEDERAAN BUKU LALI YANG AGAK SERIUS

No 12 - Perkara yang wajib sebelum tidur - BERANGAN

No 13 - Siapa Adha ? - ADHA PENDIAM KALAU TIDAK MENGENALI ORANG , KERAS HATI , MUDAH MESRA KALAU DAH KENAL DAN SEORANG CEREWET DALAM ASPEK PEMAKANAN JUGA PAKAIAN .

Wednesday, 7 September 2011

Saya Bukan ZAQUAN ADHA Yang Baru - Mohd Adha

Pasukan Squad Utama bakal menghasilkan 'produk' seorang penyerang yang meningkat naik iaitu Mohd Adha , 18 , yang tampil memperagakan aksi terbaik bersama pasukan tersebut .

Mutu permainannya telah diperhatikan oleh barisan jurulatih English College Football (ECF) lalu menyamakan ia mirip penyerang utama pasukan Negeri Sembilan , Mohd Zaquan Adha Abd Razak . Sayangnya , pemain kelahiran Johor itu menolak untuk disamakan dengannya tetapi tidak menafikan mempunyai ciri -ciri yang hampir sama seperti Zaquan . Antaranya persamaan nama Adha , angka 8 pada jersi mereka , posisi bertindak selaku penyerang , 'Boot' Nike Mercurial serta jenama pakaian Nike .

"Saya adalah Mohd Adha , bukan Zaquan Adha , dan bukan sesiapa sahaja . Agak melucukan kerana disini pemain yang beraksi cemerlang akan dikaitkan dengan pemain negara .

"Walaupun saya cukup meminati Zaquan Adha dan mempunyai ciri-ciri hampir sama dengannya , saya mengharap tiada sebarang persamaan pun dilabelkan diantara kami mungkin ia satu kebetulan sahaja . Saya memang menolak apabila disamakan dengan Zaquan Adha ," katanya .

Dalam pada masa yang sama , Mohd Adha memberitahu , dia tidak menolak rezeki akan kembali menyertai skuad Piala Presiden bersama pasukan Johor FC selepas sesi pemilihan diadakan selepas raya nanti tetapi katanya lagi , dia akan cuba mempersembahkan aksi yang kosisten sepertimana yang diharapkan oleh jurulatih pasukan Squad Utama , Borhan Mohd Jani .

Sunday, 28 August 2011

MOHD ADHA ready jadi duta KFC

Semasa wakil kelab peminat Adhafanpages berbual dengan pemain bola sepak Squad Utama , Mohd Adha Baharudin (18tahun) , beliau mengatakan berminat nak jadi duta makanan .

Masa itu wakil peminat Adhafanpages tanya beliau , selepas menjadi duta barangan sukan , NIKE , adakah Adha berminat nak jadi duta makanan pula ? Agak-agak makan apa yang Adha suka ?

"Kalau boleh jadi duta makanan , saya suka KFC . Sejak kecil lagi saya memang suka makanan KFC . Tolonglah siapa-siapa wakil daripada Adhafanpages beritahu staf KFC saya suka sangat kalau boleh jadi duta KFC ! Kata Adha .

Adha pun mengaku , dia kalau boleh jadi duta KFC , dia tidak menolak ! Bila wakil peminat Adhafanpages menanyakan soalan cepumas , bagaimana pula jadi model pakaian dalam ? Macam Ronaldo dan Beckham yang top di dunia tu jadi model pakaian dalam jenama popular .

Jawab Adha , "Yang itu kenalah tengak sikit , kalau samapi melihat bentuk yang 'tertentu' seganlah . Boleh jadi model pakaian dalam , tapi kalau kena posing keterlaluan , seganlah " , katanya sambil ketawa .

Saturday, 20 August 2011

Siapa Girlfriend MOHD ADHA ?

PADA 19 Ogos lalu , warga Adhafanpages tanya kepada pemain bola sepak pasukan Squad Utama - Mohd Adha (18 tahun) : "Sape girlfriend Adha sekarang ? "

Jawab Adha : "Belum ada lagi .."

Adha nak pilih girlfriend yang macam mana ? " buat masa sekarang saya sedih nak kongsi cerita hal ini sebab gadis idaman saya sudah bersama lelaki lain, " katanya . Menurut Adha , dia tahu hal ini semasa melayari Facebook dan melihat status hubungan gadis tersebut didalam 'DI DALAM PERHUBUNGAN' .

Kalau Adha nak tetapkan nak pilih (Girlfriend) yang macam itu ... dan yang macam ini ... tapi bila terjumpa wanita yang bukan seperti apa yang kita inginkan ... tiba-tiba nanti kita terjatuh cinta pula padanya .

"Biarlah ia berlaku secara semulajadi," jelas Adha .

Sudah Hampir 3 tahun Adha melayari hidup tanpa berpasangan seperti rakan-rakannya jadi bohonglah kalau cakap tidak lengkap tanpa peneman cuma buat masa sekarang lebih senang bergerak solo untuk mengejar cita-cita dan ramai gadis-gadis diluar sana berpendapat pemain bola sepak sombong serta kaki perempuan (playboy) , perkara sebegitu Adha segera mengelak agar dirinya tidak terkena tempias dek perkara itu .

Thursday, 18 August 2011

Mohd Adha Belum Temui Cinta Baru

Betul  ke Mohd Adha serik untuk bercinta nie ? Sejak putus cinta dengan cinta pertama kira-kira 2 tahun dahulu , hingga kini beliau masih belum ada penganti . Wahh . . mesti ramai gadis-gadis yang nak hantar borang lepas ini , tambah pula Adha ni lelaki yang bersukan , mesti ramai yang minat !

CERITA ADHA :

"Memang betul sehingga ke hari ini saya belum punya penganti . Ada juga takut nak bercinta , maklumlah saya kalau bercinta memang jenis setia . Bila dah bercinta tiba-tiba putus ditengah jalan rasa macam buang masa saja .

"Umur masih mentah lagi . Lepas ini kalau jumpa yang berkenan dihati biarlah yang memahami kerjaya saya sebagai pemain bola sepak .

"Buat masa ini saya ada berkawan dengan beberapa 'awek' . Tapi setakat rakan-rakan di program PLKN sahaja yang selebihnya belum lagi . Kesuntukan waktu saya terpaksa mengetepikan hal ini .

"Lepas raya nanti saya akan kembali menjalani latihan bersama pasukan Squad Utama disamping itu juga saya perlu mempersiapkan diri untuk menhadapi sesi pemilihan skuad Piala Presiden musim 2012 nanti, " katanya .

Sunday, 7 August 2011

Adha Minat Fina Nasrom (Nadi Arena)

Bekas peserta JKid dibawah naungan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) musim 2006-2008 , Mohd Adha boleh dikatakan amat bertuah berbanding rakan seperjuangan lain ketika rakan-rakan yang lain bekas peserta JKid tengelam timbul .Adha telah 'dipancing' untuk menganggotai pasukan Squad Utama . Kelincahan berperanan selaku penyerang memberi kelebihan kepadanya .

Mengenai perkembangan terkini , pemuda tinggi lampai berusia 18 tahun ini sedang sibuk menjalani latihan bersama pasukan Squad Utama bagi persiapan pemilihan skuad Piala Presiden untuk musim depan .

Walaupun sibuk menjalani latihan , Mohd Adha masih berkesempatan untuk menyokong pasukan kegemaran iaitu Selangor FC . Apabila tiba untuk perlawanan pasukan Selangor FC (Red Giant) , Mohd Adha akan menonton secara langsung di televisyen ataupun akan berkunjung ke stadium .
"Selangor Red Giant adalah pasukan yang hebat dan dipenuhi pemain kebangsaan yang mempunyai karekter tersendiri tetapi agak mengecewakan apabila mereka hilang takhta sebagai peneraju Liga Super musim ini" ujarnya sambil tersenyum .
"Ketika ditanya mengenai hubungan antara pemain bola sepak dengan artis , Mohd Adha berfikiran terbuka . 'tidak salah bagi mereka untuk bercinta tetapi sebagai fublic figure mereka harus menjaga hubungan kerana setiap pergerakan akan sentiasa dilihat oleh peminat , "ujar beliau . Mohd Adha memilih Fina Nasrom sebagai pasangan jika diberi peluang untuk bercinta dengan artis .

Wednesday, 3 August 2011

Adha Impikan Aksi Dengan Pasukan Ternama

Mohd Adha baru-baru ini membuat kenyataaan mengenai cita-cita yang ingin beraksi bersama pasukan-pasukan ternama di Liga Malaysia seperti Selangor , Negeri Sembilan atau Kedah .

Dalam temubualnya bersama Adhafanpages (AFP) , Mohd Adha mengakui sering bermimpi untuk beraksi dengan pasukan-pasukan tersebut meskipun masih kini mencari pasukan baru . Buat masa ini , pemain itu selesa dibawah bimbingan jurulatih Squad Utama , Borhan Mohd Jani .

"Tidak dapat dinafikan bahawa pasukan Squad Utama merupakan salah satu pasukan yang lengkap jadi saya harus berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi saya peluang bersama Squad Utama .

"Misalnya saya akui yang terlalu meminat pasukan Selangor FC kerana mereka mempunyai reputasi dan memiliki sejarah bola sepak yang luar biasa . Kini saya perlu berlatih sungguh-sungguh agar impian saya akan tercapai ," ujar Mohd Adha .

Disamping itu , Adha juga kerap disebut-sebut memiliki persamaan dengan penyerang sensasi Negeri Sembilan , iaitu Mohd Zaquan Adha Abd Radzak . Menariknya , dia juga memiliki nama hampir sama selain jenis jenama kasut bola Nike Mercurial dan memakai nombor pada jersi yang sama angka 8 .

Monday, 1 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Walaupun berpuasa ia tidak menghalang saya untuk menjalani latihan bagi persiapan untuk menghadapi sesi pemilihan skuad Piala Presiden Johor FC dijangka akan berlangsung selepas Hari Raya Aidil Fitri ini .

Untuk sesi latihan pertama saya hanya diberi 2 hari pelepasan berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Ini kerana saya perlu membuat persediaan rapi dari segi fizikal dan juga mental sebelum sesi pemilihan itu berlangsung .

Saya disini berharap kepada penyokong dan peminat saya dapat mendoakan kejayaan saya agar terpilih untuk menyarung jersi skuad Piala Presiden Johor FC yang mana tahun lepas saya dipilih tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut dengan tujuan untuk memberi tumpuan kepada Sijil Peperiksaan Menengah (SPM). Saya akhiri posting saya ni dengan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam.

Thursday, 28 July 2011

Mohd Adha Sasar Skuad Piala Presiden Musim 2012

Meskipun terpaksa melupakan hasrat Mohd Adha untuk bermain Skuad Piala Presiden Johor FC musim 2011 kerana memberi tumpuan penuh kepada Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) tetapi tetap memasang inpian untuk terus mengejat cita-cita menjadi pemain bola sepak .

Musim depan jelas , pemain kelahiran Johor Bahru itu terus bermain dimana-mana pasukan asalkan cintanya terhadap bola sepak tidak terpadam . Walaupun menyedari ia bukan sesuatu yang mudah , tetapi tiada yang mustahil untuk mencapainya . Itu pendapat yang disuarakan sendiri oleh Mohd Adha , ketika Adhafanpages (AFP) membuat tinjauan latihan pasukan Squad Utama yang diturut sertai oleh Mohd Adha di Padang Sri Gelam B , Johor Bahru baru-baru ini .

Ketika ini , Borhan Jani , jurulatih Squad Utama cuba untuk membentuk keyakinan dan kesefahaman Mohd Adha semula sebagai seorang penyerang semasa dalam program khidmat negara (PLKN) juga menjadi punca utama Mohd Adha hilang rentak dan keyakinan untuk mencetak nama selaku penjaring .

"Perjalanan saya masih jauh lagi dan bakal berhadapan saingan yang lebih mencabar selepas ini . Namun saya percaya dengan tunjuk ajar daripada couch sedikit sebanyak membantu saya untuk mengembalikan keyakinan saya pada perlawan yang akan datang"... Jelas Mohd Adha dengan nada yang gembira .

Monday, 25 July 2011

Dirisik English Colleges Football

English Colleges Football (ECF) mengidamkan khidmat ayam tambatan baru Squad Utama , Mohd Adha . Jangan terkejut sekiranya beliau diberi peluang menyertai pasukan English Colleges Football beraksi dalam kancah Premier Cup (PC) musim depan .

Kelincahan penyerang berusia 18 tahun itu nyata mencetuskan kepercayaan dan keyakinan untuk mendapatkan khidmat pemain itu untuk pasukan English Colleges Football berikutan aksi memukau diantara Squad Utama dengan English Colleges Football batu-baru ini .

Perkembangan positif itu didedahkan sendiri jurulatih pasukan Squad Utama , Borhan Jani dimana pihak pengurusan English Colleges Football ingin mendapatkan maklumat pemain kelahiran Johor itu .

"Saya sendiri tidak menyangka didatangi wakil pihak pengurusan pasukan tersebut bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Mohd Adha . Malah mereka ada menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Adha untuk beraksi dalam saingan Premier Cup (CP) " katanya ketika ditemui selesai tamat perlawanan persahabatan Squad Utama tewas 0-9 dengan pasukan English College Football .

Friday, 8 July 2011

Rasuah Bola Sepak 'Pembunuh' Pemain

Sejak kebelakangan ini isu R.A.S.U.A.H bola sepak di Malaysia banyak dipersoalkan . Kegiatan ini bermula daripada Skuad Piala Presiden pasukan Negeri Sembilan dan juga pasukan T-Team . Jadi ikuti temu bual secara esklusif Adhafanpages (AFP) bersama penyerang pasukan Squad Utama , Mohd Adha memberi sedikit ulasan tentang gejala tidak bermoral itu .

CERITA ADHA :

DUNIA sukan bola sepak negara kita telah digemparkan sekali lagi dengan berita penularan gejara rasuah .
Berita penangkapan dan pendakwaan ini memang menggemparkan dan mengejutkan khalyak atas beberapa sebab yang cukup munasabah .

Pertama , kes ini sekali lagi membuktikan rasuah dalam bola sepak sukar dipisahkan dan tidak mengenal status pemain dan pasukan yang terbabit . Buktinya pemain dan pasukan Piala Presiden boleh terbabit kebiasaanya membabitkan pemain dan pasukan utama seperti Liga Perdana , Liga Super ataupun pasukan kebangsaan .

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan memperolehi pingat emas dalam temasya Sukan Sea 2009

Kedua , kita terkejut dengan perkembangan ini kerana kita masih meraikan dua kejayaan besar pasukan bola sepak kebangsaan iaitu pingat emas Sukan SEA dan kejuaraan Piala Suzuki AFF memberi sinar baru kebangkitan era kegemilangan bola sepak negara yang malap dan pudar sekian lama .

Penantian berakhir Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010

Ketiga , berita ini menunjukkan kita masih gagal belajar daripada sejarah dan mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku dalam sejarah bola sepak tanah air pada pertengahan tahun 90-an iaitu gejala rasuah , akibat mengatur perlawanan dan kegiatan 'bookie' haram yang menghancurkan imej dan reputasi bola sepak negara . Akibatnya , ramai pemain yang hebat pada masa itu menerima padah kerana terbabit dengan rasuah dan menanggung malu , seterusnya menggantung kasut bola masing-masing serta melupakan bola sepak sama sekali .

Apakah kita mahu perkara sama berulang kembali seperti luka lama kembali berdarah dan apakah kita hendak biarkan rasuah menggoncang dan menghancurkan sukan bola sepak kita ? Kita perlu merungkai segera persoalan seperti ini demi masa depan bola sepak negara.

Apa yang paling malang dan merisaukan kita ialah di kala kita berharap muncul ramai pemain muda dan pelapis berkaliber untuk mewakili negara , kita dikejutkan dengan berita ini yang membabitkan kumpulan pemain muda yang sepatutnya menjadi sandaran dan harapan kepada pasukan negeri serta negara kelak .Ternyata duit dan ganjaran mudah mengaburi mata mereka di mana mereka lupa seketika bahawa ia boleh menghancurkan karier dan juga masa depan mereka.

Dalam hal ini , alasan mengatakan gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan menjadi punca utama pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan bagi menampung kos sara hidup mereka tidak boleh diterima . Banyak lagi cara mencari rezeki halal , apatah lagi bermain bola sepak sama ada untuk negeri ataupun negara perlu dilihat dari aspek kebangsaan pada diri sendiri dan bukannya mengutamakan ganjaran semata-mata.


Justeru, kita berharap persatuan bola sepak negeri bekerjasama dengan Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan tampil melaporkan sebarang bentuk aktiviti rasuah tanpa berselindung dengan kadar yang segera agar kegiatan ini dapat dihapuskan daripada akar umbi sebelum ia merebak menjadi wabak yang sukar dikawal kelak . Kegiatan mengatur perlawanan 'bookie' haram perlu diperangi habis-habisan

Demikianlah ulasan dari Mohd Adha , penyerang bagi pasukan Squad Utama . Diharap kepada seluruh pemain dan peminat bola sepak negara segera membanteras gejala yang tidak bermoral itu . Salam . . .

Tuesday, 31 May 2011

Hyep Smuee . . . .

Hello semua saya ucapkan selamat Datang ke blog adhafanpages . Ini merupakan cara  pertama di mana sejarah baru bakal dicatatkan . Tujuan saya membuat blog peribadi adha-official adalah minat untuk berkongsi pengalaman, cerita dan melontarkan pandangan saya tentang dunia sukan dan apa saja yang berkaitan dengan saya .

Oleh itu, saya akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.

Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.

Sekian, terima kasih.